Pada zaman dahulu ada
seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf
tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat
wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak
pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul
Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku
tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan
seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang
merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari
ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua
orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada
adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu
?"
Lalu disuruh adiknya baring dan
disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah
melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan
oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan
dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku
merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut
dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah
lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal
sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah
kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun
yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di
antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang
lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka
orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang
dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan
harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap
terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda
dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang
Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan
syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat
dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran
terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu
termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum
taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang
sabar dalam menghadapi segala musibah.

0 comments:
Posting Komentar